CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 11, 2006

renungan kita bersama

well here goes my first blog...
it's something related to our daily life where we take it for granted
where we do it conciously or unconciously
i just hope that we'll all be a better muslim and muslimah in the future

Mari kita renungkan bersama, antara kita semua kan, termasuklah diri kita sendiri berapa ramai yang mengaku bahawa kita Islam? Adakah kita Islam pada nama sahaja? Hurm... ok mari kita reflect semula.

Mula dengan mata kita. Islamkah mata kita? Kemudian lidah kita? Islamkah ia? Tangan, kaki semua... Islamkah segala anggota badan kita?

Lepas tu kita tengok luar pula, cara berpakaian kita, Islam kah cara berpakaian kita?

Cara hidup kita pula... Islamkah cara hidup kita?

Soalan demi persoalan...

Mari kita fikir tentang perkara lain pula, adakah Islam disempitkan pada sembahyang, puasa, bayar zakat, menunaikan haji dan mengucap dua kalimah syahadah sahaja? Ye ke tidak? Tepuk dada, tanyalah iman.

Okies, sekarang cuba pula buka al-Quran, apa kata ALLAH dalam al-Quran? Mari kita tengok eh...

“Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi segala hukum-hakamnya) secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” [2:208]

Apa erti kata-kata Allah itu? Allah kata masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan. Maknanya, segala aspek kehidupan kita, tak kisah lah makan, minum, tidur, cara berpakaian, belajar, sembahyang semua mestilah mengikut cara hidup Islam. Contohnya, masa kita sembahyang cukup dari kepala sampai kaki bertutup aurat. Tapi kenapa lepas sembahyang tak pulak? Kenapa masa sembahyang nak kena tutup aurat lepas sembahyang tak payah tutup aurat? Ini bukanlah ejekan atau perlian kepada sesiapa tapi inilah salah satu contoh di mana kita mengamalkan Islam dalam certain aspek hidup kita je. Pelik tak? Sedangkan Allah sudah berfirman dalam al-Quran...

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah mereka memperlihatkan hiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk dikatahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, agar kamu berjaya” [24:31]

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutupi seluruh tubuh mereka...” [33:59]

Nampak tak, betapa specificnya Allah dalam menurunkan sesuatu hukum dan perintahnya. Sudah diterangkan di dalam al-Quran di mana dan kepada siapakah yang membolehkan kita, kaum wanita, membuka aurat. Ingat tak dalam kisah isra’ dan mikraj, Rasulullah bersabda bahawa Baginda melihat bahawa penghuni neraka itu paling banyak adalah perempuan. Jadi kan, marilah kita sama-sama berusaha menambah amalan kita dan berusaha mematuhi guidelines yang Allah dah sediakan untuk kita patuhi di dunia in.

Keadaan ini juga menunjukkan bahawa, kita beriman kepada Allah tetapi kita tidak beriman kepada hari akhirat. Kenapa pula? Hurm, mari kita renungkan bersama, kalau kita beriman kepada hari akhirat ini bermakna kita percaya bahawa adanya satu hari kita akan dikumpulkan di padang mahsyar di mana segala amalan kita di dunia akan dihitung. Seandainya kita beriman kepada hari tersebut kenapa kita masih tidak takut kepada balasan yang akan Allah kenakan kepada kita? Kenapa kita masih lupa, alpa dan leka. Ada satu hadis Rasulullah (im not sure siapakah perawinya) “Seandainya kamu ketahui apa yang aku ketahui, kamu akan lebih banyak menangis daripada ketawa”. Nampak tak betapa menakutkannya hari tu nanti.

Percayalah pada hari akhirat. Hari itu pasti akan tiba. Pada masa itu kita akan berasa bahawa hari di padang mahsyar itu sangat panjang dan lama sehingga kita akan berkata “Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku adalah tanah”. Kita semua akan berasa takut dengan timbangan yang bakal kita tempuhi. Tiada jalan pertengahan. Balasan yang kita akan dapat adalah antara dua : syurga atau neraka.

Jadi kan, marilah kita gunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian kita, lakukan segala yang diperintahkan oleh Allah dan takutlah akan hari pembalasan itu. Peringatan ini untuk diri sendiri juga. Marilah kita sama-sama berusaha tingkatkan amalan kita kerana Allah Ta’ala. Percayalah pada janji-janji Allah kerana janji-janji Allah itu adalah benar. Islamkan lah cara hidup kita, cara berpakaian kita, cara makan kita, cara ibadat kita, semuanya sekali. Kembalilah kita kepada cara hidup Islam yang sebenar. Insya Allah di mana ada usaha, Allah akan kembalikan kita ke jalannya yang sebenar.

0 comments: