CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 25, 2006

takdir Ilahi

assalamualaikum...

ketentuan Allah, sebagai hamba kite kene terima apa yang telah ditakdirkan olehNya.

kenape ye?
sebab perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan kite.

iye?
iye, sebab mustahil Pencipta kite tidak tahu akan hasil ciptaanNya. jadi, jelaslah di sini bahawa Allah tahu akan segala fitrah manusia apa yang manusia nak dan segalanya. Yang menjadikan Allah itu lebih hebat lagi ialah, Allah tahu setiap hambaNya.. each and everyone of us. semua Allah tahu. hebat tak Allah? hebat kan. sangat hebat.

saye nak keluarkan ayat Quran tak reti la. kene buat research dulu. lagipun bukannye boleh tafsir sebarang. nanti tersalah tersalah tafsir lain pulak jadinye.

anyway... dah sampai kat Malaysia terchenta. huhu memang betul inilah realiti sebenar. tempat bumi berpijak. brisbane, australia tu macam mimpi. despite of ketidaklaratan membuat assignment atau kadang2 kemelut kewangan yang lain memang macam mimpi. ape2 pun lepas 2 tahun kene kembali ke dunia sebenar.

tempat perjuangan yang sebenar. mane boleh duduk sane forever. so.. inilah realiti. nak tengok sekuat mane iman yang telah dipupuk, sekarang lah nak check. graf naik ke turun? huhu.. bagimanakah.. rasenye graf sedang menjunam turun. kene buat something ni.... kene naikkan semule.

fifa jangan rosakkan segalanye.

ingat tau pah

kat mane2 pun kene timbang dengan nerace langit, kene ikut undang-undang Allah
insya Allah akan ku cuba ingat selalu

Ya Allah tetapkan lah iman ku ya Allah. kuatkanlah keyakinanku kepadaMu. tanamkanlah rasa takutku kepadaMu dan permudahkanlah ku Ya Allah menerima ketetapan yang telah Kau tetapkan untukku. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui. Kuyakin dengan ketetapanMu Ya Allah

(25 oktober 2006, 11.47 pm waktu malaysia)

0 comments: