CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 21, 2007

berbahagialah dengan segala yang Allah berikan kepadamu

Or do they envy men for what Allah has given them of His Bounty (4:54)

“Jealouse is a disease that wreaks havoc not only in the mind, but also on the body” (Aaidh ibn Abdullah al-Qarni, p.52).

Manusia ni memang sifatnya pelupa. Jadi tak hairanlah kalau kita ni kene selalu diingatkan agar kita tidak tersasar jauh daripada jalanNya. Dan sifat seorang manusia itu juga mengkehendaki sesuatu. Biasanya kita akan berasa gembira dan berpuas-hati kalau kita dapat apa yang kita nak tu. Tapi, kalau kite tak dapat ape yang kite nak tu, kite akan mudah berasa kecewa. Apatah lagi, jika orang lain memiliki apa yang kite nak tu, kite terpikir bagaimanakah jika kau berada ditempatku. Adakah kau akan mempunyai perasaan yang sama juga?

Haha inilah merepek namanya. Tapi pernahkah kite terpikir layakkan diri ini menerima apa yang diidam-idamkan? Cukupkah apa yang saya buat selama ini untuk melayakkan saya termasuk dalam ‘list’ doa-doa yang akan Allah perkenankan? Adakah saya selalu bersyukur dengan segala yang Allah berikan kepadaku? Tadi ade member kate, “Gajah depan mata tak nampak, tapi kuman kat seberang boleh nampak”. Seperti biasa apa yang kita dah ada, kita akan take it for granted. Dan apa yang orang lain ada kite nak.

Takutnye andai diri ini tergolong dalam orang-orang yang tidak bersyukur.

“Ku memerlukan bantuan Mu ya Allah. Hanyalah Kau sahaja tempatku menohon harap dan tempat ku menyandarkan segalanya. Tetapkan lah hati ku ini di jalanMu.”

11.16pm, 22 feb, brissy

1 comments:

Anonymous said...

cool..!

betoi2