CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 07, 2007

masa itu adalah penawar

di kala takde idea nak tulis essay...

erm peringatan untuk kita bersama,

"masa adalah salah satu penawar untuk penyakit yang kita alami. tak kisah la penyakit fizikal, mental atau pun hati. semuanya memerlukan masa untuk sembuh. walaupun kadang-kadang masa yang diambil itu terlalu lama, namun insyaAllah andai kita selalu tawakal kepadaNya dan berusaha menambah ubat2 lain yang sedia ada, masa akan menjadi salah satu faktor kepada penyembukan penyakit itu.

Penyakit hati, ubatnya ada lima (kalau mengikut sunnah Nabi Muhammad saw) : solat malam, berkumpul bersama orang soleh, baca al-Quran dan cuba memahaminya, berzikir selalu dan kerap berpuasa. Sekarang boleh tambah satu lagi ubat iaitu masa"


berilah masa, insyaAllah penyakit mu itu akan sembuh
namun begitu takwa dan tawakal kita kepada Allah mesti lebih tinggi lagi...
tak lupa, usaha kita sendiri
kalau takde usaha macam mana nak tawakal
ye tak =)

peringatan untuk diriku yang sentiasa lupa juga

wassalam

0 comments: