CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 30, 2007

Monolog Sufiah

“Korang kata korang dah belajar untuk menerima orang lain. Tapi sebenarnya korang tak buka ruang pun untuk membenarkan orang lain. Belajar teori je tapi bila sampai kat praktikal akak tak nampak pun korang buat ape yang korang dah belajar” Sufiah dengar sahaja kata-kata naqibahnya itu.

Riak wajahnya bersahaja, mata ditundukkan, wajah memandang ke lantai.

Sufiah terdiam. Mindanya ligat berfikir. Perlahan-lahan mendigest kata-kata tersebut.

“Ya Allah bagaimanakah hendak kulalui tarbiyyah ini, sukar sekali. Kalau jumpa sekali sekala mungkin aku boleh tahan. Tapi....” fikiran Sufiah melayang.

Tarbiyyah, bukanlah proses yang mudah. Peringkat pertama tarbiyyah iaitu perubahan fizikal, mungkin mudah dilakukan. Aku hanya perlukan duit lebih sedikit untuk membeli pakaian yang lebih sopan. Tetapi tarbiyyah dalaman adalah satu proses yang sangat panjang dan sukar. Kadang-kala terasa diri terpaksa melakukannya. Melakukan dengan tidak rela hati. Namun, disepanjang jalan kucuba juga untuk meniatkannya Kerana Allah Taala. Kucuba untuk mengikhlaskan hati dengan harapan agar ianya menjadi pemberat bagi amalanku di akhirat kelak selain mengharapkan agar diri menjadi hamba yang diredhai.

Bukan aku tidak cuba untuk menerima. Malah itulah yang sedang aku lakukan selama ini. Tetapi adilkah aku? Adilkah aku dalam hal ini terhadap diriku dan sahabatku?

Inikah yang dinamakan mujahadah? Buat sampai dah tak mampu nak buat dah. Kalau tidak bukanlah mujahadah namanya.

Tetapi... bukanlah ruang itu tidak dibuka. Kadang-kala diri ini tak sanggup melayan kerenahnya yang kadang-kadang boleh menaikkan kemarahannya.

Bersabar. Itukah kunci yang kedua? Sabar, sabar dan sabar...

Sufiah mengangkat mukanya. Air mata hampir bergenang. Tetapi dia cuba upaya menahan diri daripada menangis. Dipandang wajah naqibahnya itu. Sufiah hanya mampu mengangguk. Manakan dia boleh menepis hujah-hujah naqibah kerana in adalah tanggungjawabnya. Oleh kerana sudah tertaklif dirinya untuk melakukannya, Sufiah sedar dia perlu bermujahadah dan bersabar melalui dugaan yang satu ini.

Bagaimana jika Allah bertanya akan tanggungjawabnya yang tidak tertunai? Bagaimana jika aku tak terjawab akan soalan-soalan Mu Ya Allah?

Di saat yang kemudiannya Sufiah duduk berteleku di atas tikar solatnya. Tangan Sufiah diangkat menghadap ke langit, lagaknya seperti seorang hamba meminta ehsan daripada Tuannya dan berdoa,

“Ya Allah berikanlah ku kekuatan dan kemudahan untuk menerima sahabatku ini. Ya Allah hanya padamu ku memohon. Ya Allah tanpa Mu siapalah aku. Permudahkanlah ku Ya Allah”

0 comments: