CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 28, 2007

pertama dan terakhir

Hampir 11 bulan yang lampau, saya menghantar mereka ke Brisbane International Airport. Lambaian terakhir dan senyuman di bibir mereka mengiringi kepulangan kami ke rumah. Selepas itu, termaktublah segala yang ditinggalkan oleh mereka ke atas kami. Berlari ke sana sini. Bermalam di sana sini. Berjaga malam atas pelbagai sebab – assignment atau bersama dengan akhawat hingga larut malam. Siapa sangka masa akan berlalu dengan begitu pantas sekali.

Jika dahulu saya merindui mereka. Kini sudah sampai masanya diri menyoroti langkah mereka. Hari ini, hari terakhir saya ke Brisbane Domestic Airport. Ketika saya memandang mereka melangkah ke arah kapal terbang, saya sedar inilah kali terakhir saya akan menghantarnya. Mana mungkin kenangan silam akan kembali. Bak kata rabbani, kenangan hanyalah tinggal kenangan. Perlahan-lahan mereka hilang ditelan pejalan kaki yang menghubungkan bangunan dengan badan kapal terbang. Semua yang telah berlalu bermain sekali lalu di dalam minda ku. Dari yang pertama hinggalah yang terakhir sekali.

Jika dahulu pertemuan adalah untuk menyelesaikan masalah yang tiba, kali ini pertemuan di iringi dengan pelbagai keadaan yang asing. Kami memandang dan mendengar dengan tekun. Memikirkan masa hadapan yang samar-samar baik di sini mahupun di sana.

“Ya Allah sesungguhnya setiap ketetapanmu berhikmah, permudahkanlah kami untuk menerima setiap aturan dan kehendakmu.”

Gelak, ketawa, perang dingin, riang, sedih, kecewa, kecil hati, takut.. seribu satu perasaan yang dialami sepanjang persinggahan di bumi Brisbane ini. Pelbagai rasa yang sudah pasti akan menjadi suatu memori indah yang terselit di dalam ingatan.

Terima kasih Allah atas dua tahun yang indah ini. Kurniaan mu tiada tolok bandingnya.

“Rindu itu adalah.... anugerah dari Allah”. Pasti perasaan ini akan muncul kelak. Trip from st lucia to city. Humaira yang banyak berjasa kepada kami. Hamzah semoga sentiasa gagah menyusuri jalanan di brisbane. Hamzah bertabahlah. Kami tidak mahu kehilanganmu. Humaira bertahanlah, permudahkanlah kami di bumi brisbane ini. Kerlipan lampu di bandar brisbane di waktu malam + brisbane river yang sering memberi ketenangan bagi setiap mata yang memandang. City Cat yang membelah ketenangan air. Guyatt park yang dingin di subuh hari.dan 1001 lagi kenangan indah yang tidak mungkin akan dapat dimuatan semuanya di dalam entry.

“Terima kasih sekali lagi Allah atas nikmatmu ini.”

Ramai yang kurang pasti apakah perasaan hendak balik ni. Termasuklah saya. Gembira ada sedih pun ada. The thoughts of unable to come back here makes me sad but knowing that i will be back in ohor bahru makes me happy. So it’s a mixture of feeling. Scared of the hectic life i am going to have in ipba. Unsure of what ipba is going to prepare for us. Sad because i will be leaving the sisters i love in brisbane. Plus, i am unable to help them anymore.

Allah knows best. Just believe in Allah and bersangka baiklah dengan Allah.

Ya Allah permudahkanlah kami menghadapi mehnah daripadamu

Ummu brissy, i will miss you. You have taken care of us with all your might. Love fillah you kak. Semoga Allah sentiasa merahmatimu.

Think that i should stop. There are more things needs to be done. Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

semalam..
kotak2 memenuhi ruang
beg2 pakaian bersusunan
kakak2 manis mengukir senyuman

hari ini..
sunyi sepi
kotak2 tiada lagi
yang tinggal hanya memori

esok..
sape bisa menduga
mungkin suka mungkin duka
tapi yang pasti
kamu semua dihati..

miss u already..

Madam Afifah said...

meh orang jawab sket...

semalam
biah itu masih ada
aku masih bersama mereka yng membesar bersamaku
diri ini masih mampu ke sana ke mari tanpa sebarang tanggungjawab lain

hari ini
aku bersama mereka yang bergelar keluarga
insan yang melahirkan dan mendidikku
dikelilingi kotak yang dahulunya memenuhi ruang legar mu

esok
andai diberikan nafas oleh Allah
aku pasti kau, aku dan kita semua
bersama tanggungjawab yang tergalas dibahu
berusaha semampunya menunaikannya

biarpun jasad
dipisahkan dua benua
sebenua namun dipisahkan dengan tanggungjawab seorang anak, kakak, adik dsb
akhirnya, andai matlamat kita terang dan jelas
insyaAllah Allah akan menyatukan kita semua bersama

biarlah lokasinya berbeza, keadaannya berbeza
yang penting setiap hati kita diikat oleh satu pautan yang kuat dan erat
iaitu akidah islamiyah

hehe maybe tak sesedap aciknye
layan sajalah =)

Anonymous said...

sesuka ati je guess yg cik anon tu acik ye..
kalo org laen camne?
ngeeee=P

Madam Afifah said...

elele...
i have 6th sense i know that it is acik (wink wink)
hehehe...