CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 09, 2008

hati kecilku... la tahzan

Something worth sharing. Nukilan seorang kakak dikala terlalu banyak cas-cas negatif bermain dalam hati. Semoga bermanfaat.

Wahai adikku...

Ukhuwwah adalah satu perkara yang berat & sukar. Jika tidak, masakan ia terletak di carta kedua kekuatan ummat islam. Mengorbankan perasaan & kepentingan diri sendiri utk seseorang yg lain bukan satu perkara yg mudah. Jesteru, perlukan didikan dalam diri.

Itulah tarbiyyah dan cinta Allah untuk menyucikan erti nilai perhubungan. Justeru, akak yakin, masing-masing sedang bermujahadah, menilai kembali diri dan berusaha utk berlapang dada serta bersangka baik. Jadi, akak ingin kongsi beberapa tips/perkara dengan adik-adik:

  • Pertama adalah Taqwa, Kedua adalah persaudaraan (3:103): Utk wujudnya ukhuwwah, kuncinya adalah taqwa. Hanya org yg bertaqwa dpt melihat ukhuwwah adalah satu kurniaan dan jua tuntutan
  • Matlamat, ketinggian & kemuliaan: Dalam muqadimmah Zilaal, SQ menerangkan bahawa diri kita mulia kerana diberi kebolehan memilih & akal, lantas Allah mengikat kita berdasarkan hubungan aqidah kerana kemuliaan itu dan bukannya ikatan lain. Sentiasa fikirkan bhw ukhuwwah ini adlh satu kemuliaan. Buang segala ego, kepentingan diri & emosi serta gantikan diri dengan kemuliaan ini. Nescaya ia akan menggerakkan langkah kita utk mengurangkan kepentingan diri.
  • Dialah sahabatku: setelah memahami jalan ini, Sahabatmu akan bertukar kpd mereka yg punyai kefahaman & matlamat yg sama kerana itu yg lebih utama. Kita boleh mencari sejuta sahabat lain tp mungkin dia tidak memiliki kefahaman yg dia miliki. Lantas, kita akan lebih menghargai sahabat
  • Kenali sahabatmu: Mengenali dan berikan ruang utk dikenali. Bukan sekadar lahiriah tp jua sifat peribadi. Bukan utk mencari kekurangan tp utk meletakkan kesefahaman. Perbezaan bukan tanda tiadanya persefahaman kerana akak telah melaluinya. Yakinlah adikku. Akan ada yg manja, ada jua yg tegas... Ada jenis diam, ada yang laju berbicara. Yg pasti, setiap character itu ada kepentingannya utk da'wah kerana tak semua manusia suka akan cara kita.
  • Saling memberi & menerima: ini rentetan terbesar dari perkenalan. Buatlah apa yg disukai sahabatmu dan bukan apa yg kita inginkan. Ada ruang antara meminta difahami & belajar utk memahami sahabat.
  • Antara Mengubah sikap diri @ Ini sifatku: Berikan ruang pd sahabat kerana kita semua sentiasa dalam tarbiyyah yg berterusan. Mana mungkin kita mampu membuang semua jahiliyyah akhlak kita dlm masa yg singkat. Kenali sikap diri & sahabat... Berusahalah utk mengubah ke arah akhlak islami
  • Ketelusan itu satu Kunci: Sentiasa bersikap telus pada diri sendiri & sahabat. Ketelusan itu tidak bermaksud perlu share setiap dr segala sesuatu cuma sekadar jujur pd yg bernama ukhuwwah
  • Kebersamaan & memberikan ruang: Berhikmah dalam menilai sahabat kita yg perlukan ruang atau sokongan dgn kebersamaan. Boleh jadi, sahabat perlukan ruang dan sokongan dlm masa berbeza
  • Hak yang Bergelar Saudara: Ada hak yg wujud dlm persaudaraan. Berkomitmen pdnya sama spt sikap kita pd Solat, zakat, haji, puasa dan ibadat lain walaupun tiada akad yg jelas. Jesteru, penuhilah hak sahabatmu. Jangan biarkan sahabatmu tertanya-tanya tanpa satu jawapan kerana mungkin syaitan membisikkan kata2 nista pdnya. Jika perlukan sahabat utk berbuat sesuatu, minta lah dgn baik. Jgnlah membuat andaian atas tiap sesuatu. Lintasi lah sahabat dgn senyuman walau sejuta masalah yg melanda.
  • Jangan mengungkit & menuding jari: Lihatlah sesuatu kesalahan pd saat itu shj. Jgn mengungkit wlwpun sahabat itu pernah melakukan perkara yg sama.

0 comments: