CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 08, 2008

perasaan

(Following are ramblings that you might not understand. Kalau tidak paham abaikan saja ya. Kalau paham, hanyalah lakaran yang ditulis berdasarkan perasaan pada waktu ini.)

Emosi dan perempuan adalah dua element yang sangat susah untuk dipisahkan. Apabila emosi menguasai diri bisanya banyaklah perkara tidak baik yang menyusuli keadaan tersebut. Marah, gembira, suka, sayang, malas, etc etc. Saya pasti kadang-kala kite sendiri pun tak larat nak melayan perasaan-perasaan yang hadir dalam diri kita. Biasanya perasaan yang paling penat untuk dilayan ialah perasaan-perasaan negatif yang hadir dalam diri masing-masing.

Rasulullah pernah berpesan kalau “benci orang bencilah sekadarnya, kalau sayang orang sayanglah sekadarnya, kerana mungkin suatu hari nanti perasaan itu akan berubah kepada keadaan yang sebaliknya”.

Haih, perasaan oh perasaan. Mengapakah, kerana mu ukhuwwah terlerai, namun kerana mu jua ukhuwwah terjalin. Kerana adanya perasaan kurniaan Allah ini kita mendekati, tetapi kerananya juga kita menjauhi. Dan biasanya apa yang kita rasa dalam hati akan terpancar di wajah kita. Gembirakah? Sedihkah? Penatkah? Tensionkah?

Bukan sahaja perasaan kita yang kite kene aware. Pada masa yang sama kite kene sensitif terhadap orang-orang disekeliling kite. Apakah khabar sahabatku di hari ini? Namun yang paling merunsingkan sekali ialah kite tahu perasaannya tetapi langkah tidak terambil, tangan tidak tercapai dan mulut tidak terkata. Melihat wajahnya mengundang seribu macam persoalan dalam minda. Boleh ke tegur? Sejauh manakah tafahum aku dengannya? Bolehkah aku mengambil satu step further? Kadang-kala diri menjadi runsing dan bercelaru. Ketidakpastian melanda.

Salah satu tips ukhuwwah yang diterima daripada seorang yang lebih arif ialah datanglah kepada sahabatmu dengan wajah yang manis biar seribu masalah melanda. Ya Allah inilah namanya mujahadah. Manakan mampu hendak memaniskan muka apabila hati bergolara dan sedih. Kadang-kala wajah dimaniskan namun dipulangkan dengan satu expresi yang sukar hendak ditafsir. Bersangka baik. Ketika inilah perlunya application of berlapang dada dan bersangka baik. Ok, kalau dia masam mungkin sebab dia penat, takpelah berikannya ruang. Atau pun fikir, apakah yang dia perlukan ketika wajahnya masam mencuka? Ruangkah atau pertanyaan yang menunjukkan kita tahu akan keadaan dirinya pada saat itu? Tetapi pengalaman semalam juga turut mengajar kita cara untuk deal dengan seseorang itu. Mungkin dia mengkehendaki sesuatu yang lain, tetapi kita tidak mampu untuk memberikan kerana ketidakpastian dan tidak tahu dimanakah levelku pada ketika ini? Patutkah bertanya tanpa sebarang segan silu? Patutkah itu? Patutkah ini? Patutkah etc?

Tahukah anda salah satu criteria akhlak yang mulia ialah berani. Dalam context ini saya tafsirkan sebagai perlu memberanikan diri untuk memilih salah satu option yang ada dan bersedia untuk menghadapi consequences nya. So, kalau saye decide untuk memberi ruang walaupun tahu dirinya suka untuk ditanya maka saya perlu berani untuk menanggung natijah perbuatan saya. Kenapa? kerana dalam saya memilih langkah, prior knowledge memainkan peranan yang penting. Inilah namanya pengalaman. Kita belajar daripada pengalaman-pengalaman yang lalu.

Dan ketahuilah setiap langkah yang disebut diatas berkait rapat dengan perasaan. Sudah berulang kali ditegur agar jangan ikutkan perasaan sangat. Malah pepatah malayu turut berkata “ikut hati binasa”. Sedih bangat kerana berulang kali berlaku begini. Tanpa sedar setiap satu adalah nota-nota kaki yang perlu diambil kira untuk hari-hari yang mendatang. Kini, ketidakpastian menguasai. Walaupun bertegur sapa namun sedar akan kewujudan ‘parit maya’ antara kita. Penat akan perasaan yang terpaksa dilayan kerana perasaan ini hadir tanpa diminta. Andai ini salah satu batu loncatan untuk taaruf seterusnya, semoga berakhir dengan sesuatu yang lebih baik.

Layanan perasaan ini. Lebih baik tenaga ini ku channelkan kepada wadah yang lebih bermanfaat. Setiap ujian adalah tarbiyyah. Mendidik diri agar menyayangi sahabat fillah. Oleh itu setiap langkah adalah keranaNya dan ketidakbalasan tidak akan menyinggung diri kerana apa yang dilakukan adalah keranaNya bukanlah kerananya. Malah, di sini kekecewaan tidak akan mudah berpanjangan kerana yakin ini adalah ketetapan daripadaNya dan setiap ketetapanNya adalah yang terbaik. Malah diri akan cuba berubah agar melakukan setiap sesuatu dengan niat yang betul. Walaupun kecewa@sedih, namun sedar akan ketidakupayaan setiap insan itu ada. Mungkin dirinya telah melakukan yang terbaik dan inilah limit baginya. Mungkin aku boleh memberi lebih dalam sesuatu perkara, tetapi dirinya mungkin boleh memberi lebih di bidang yang berbeza. Mungkin sensitivitiku terhadap sesuatu perkara adalah berbeza dengan sensitivitinya terhadap perkara itu. Dan di sinilah istilah berlapang dada sangat penting. Keperluan untuk belajar menerima sahabatmu seadanya juga adalah penting.

Dan semua ini bermula dengan PERASAAN.

wassalam

0 comments: