Ingatkah tentang kisah seorang pakcik yang mengatakan hatinya adalah hati yang paling cantik sekali walaupun terdapat bekas-bekas robekan pada hatinya? Hati atau pun jiwa. Kelihatan seperti sebuah organ yang kerjanya menapis toksik-toksik dalam tubuh. Namun, andai bercerita tentang sakit hati ramai yang refer kepada bahagian kiri dada.
Hati... hati..
Seringkali kita menemui jalan buntu apabila kehendak hati dan kewarasan akal bertentangan.
Akal sering sahaja berbicara kepada hati,
“Wahai hati, kehendak mu itu tidak betul”
“Wahai hati, bersabarlah.”
“Wahai hati, Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untukmu”
“Wahai hati, (2:216).”
“Wahai hati, kena belajar untuk redha dengan kehendaknya.”
“Wahai hati, dirimu sepatutnya untukNYA.”
“Wahai hati, tenanglah.”
Namun, degil sekali hati. Hati tetap menginginkannya. Usaha bersungguh-sungguh. Andai ini adalah keranaNya insyaAllah Allah akan meredhai. Tetapi.. benarkah niatmu itu bersih?
Berkali-kali akal cuba untuk memujuk. Namun hati tetap merajuk.
“Hai hati, ku tahu kau sedar bahawa perbuatanmu itu salah. Tetapi kenapa kau teruskannya juga?”
“Aku tidak tahu wahai akal. Andailah boleh, ingin sahaja aku ke arah lain. Tapi...”
“Hati, oooo hati. Cukuplah sampai disini saja. Jangan teruskan lagi perjuangan yang sia-sia itu. Berhenti ya hati?” Kata Akal seraya memberikan satu senyuman, sebagai tanda akal sedia menyokong hati. Akal akan cuba untuk merasionalkan cas-cas negatif yang Hati hasilkan.
Hati menoleh ke arah akal.
“Akal... alhamdulillah Allah memberikan kau satu neraca yang berteraskan akhirat. Andai neracamu itu berat ke dunia, aku tidak pasti bagaimanakah keadaanku sekarang.” Air mata bergenang di mata Hati. Hati pun tidak tahu apakah yang perlu dilakukannya lagi.
“Ya Allah, andainya ukhuwwah ini terjalin di atas namamu, sucikanlah Ya Allah. Ya Allah, jika ukhuwwah ini benar-benar demi mendirikan undang-undang di Bumi mu ini Ya Allah, bantulah daku. Ya Allah, sekiranya kasih sayang ku benar-benar keranaMu, bantulah ku Ya Allah.
Tetapi Ya Allah, andai ini adalah tanda aku mementingkan diri ku sendiri. Andai ini menunjukkan aku memilih duniawi berbanding akhiratmu, sucikanlah diriku Ya Allah.”
Hati menadah tangan sambil memandang ke langit. Dirinya gundah. Ujian yang dirasainya tidak kunjung henti. Setiap kali Hati merasakan bahawa ukhuwwah mereka adalah memang benar-benar keranaNya, ujian lain akan berkunjung. Sejak dari awal hinggalah sekarang, Hati rasa seperti ALLAH tidak henti-henti menguji dirinya. Terutamanya dalam ukhuwwah yang satu ini.
Masa semakin singkat. 2009 bakal menjelang. Hati melihat ke tubuhnya. Terdapat sebuah lubang kecil yang diharapkan agar dapat diisi oleh cebisan hati lain.
Tiba-tiba akal berkata
“Yakinlah Allah itu maha adil. Allah sering memberikan dari arah yang tidak kita sangka-sangka. 2:216. terdapat pelbagai bentuk Allah memulangkannya kepada mu wahai Hati”
Hati tersenyum. Maka benarlah kata-kata Allah. Allah PASTI tidak akan memungkiri janjiNYA.
_________________________________________________________________________________________________
Ku rasa perkara ini adalah common terjadi di kalangan kita. Sering kali inginkan sesuatu dan berharap pada sesuatu akhirnya berakhir dengan kekecewaan. Pada masa itu, saya kira sudah sampai masa untuk reflect diri sendiri. Untuk apakah aku berukhuwwah? Mengapakah aku berharap padanya andai setiap perbuatan ku adalah LILLAHI TAALA?. Maka, Allah mendatangkan ujian-ujian ini untuk menyucikan hati kita. Supaya kita benar-benar ikhlas keranaNya dan tidak mengharapkan balasan daripada manusia.
Ayuh, ini bermakna ALLAH masih memberikan kita peluang untuk bermujahadah. Pandanglah dari sudut positive. Ini bermakna ALLAH masih ingat kepada kita.
Pendakian ke langit. Pasti tidak mudah. Andai mudah, perjalanan ini tidak dinamakan pendakian. Mungkin dinamakan ..... trip atau mungkin sekali mimpi. Kerana semuanya indah indah belaka. Biarlah semput di dunia agar tidak terseksa di akhirat.

0 comments:
Post a Comment