Assalamualaikum wrb,
Dikala peak hendak menghantar assignment hati tertarik untuk mereflect satu peristiwa yang berlaku hujung minggu lepas. Hujung minggu lepas saya pulang ke JB. Oleh kerana sudah berjanji dengan mak dan abah rasa tak sedap hati pula untuk mengecewakan mereka. Alhamdulillah, tak sia-sia pulang ke rumah. Seronok, walaupun penat keluar ke sana ke mari setiap hari.
Mak telah mengajak saya untuk ke KOR kadet polis bagi kawasan johor bahru utara. Walaupun pada awalnya agak keberatan tetapi oleh kerana mak dah janji nak pergi sekejap je, saya ikut je kehendak mak. Walaupun tidak tahu erti sebenar KOR tu, saya telah menyaksikan kontijen-kontijen kadet polis bagi beberapa sekolah di kawasan skudai seperti sekolah menengah taman universti, bandar baru uda, dan lain-lain.
Alhamdulillah, cuaca cerah hari tu. Tetapi mungkin kerana cahaya matahari terlalu terik, seorang demi seorang perajurit muda ini kecundang ketika berada dalam barisan. 10 minit yang pertama sahaja hampir 5 orang yang terduduk kerana kepeningan. Dalam majlis yang tidak sampai sejam itu, hampir 30 orang yang terjatuh.
Kasihan melihat adik-adik ini jatuh. Sudahlah panas, yang pitam ada, yang terduduk pun ada. Namun satu peristiwa yang menggelikan hati ialah ketika melihat mereka meluruskan barisan. Hati terdetik, kan boleh senang-senang je nak jalan ke kiri kanan tak perlu hentakkan kaki ke kanan dengan laju sampil memandang ke kanan dan tangan kanan didepangkan. Ini terutamanya apabila mereka berbuat demikian secara serentak.
Apakah moral of the story? Tak surela pulak. Memanglah berkawad itu membentuk individu yang berdisiplin. Namun alangkah baiknya jika setiap wajah yang kulihat itu mempunyai kefahaman Islam, sudah tentu mereka akan menjadi jundi Islam yang baik. Usaha mereka juga akan berada dalam hitunganNya kerana niat mereka adalah LILLAHI TAALA. Sayang sekali. Namun, saya pun pernah berada di tempat mereka. Satu masa di mana saya leka dalam hal duniawi, tanpa ada kesedaran untuk bekerja demi ISLAM.
Ah, saya hanya pandai berkata-kata. Do i talk the walk? (61:2) Ya Allah bantulah daku Ya Allah. Ampunilah daku. Ruang mujahadahku. .
Ok sampai sini dulu. Salam mujahadah. Dalam musim ditenggelami assignments dan exam ini, semoga Allah memberi ketabahan kepada kita semua.
Salam wrb =)

0 comments:
Post a Comment