Pernahkah terlintas di fikiranmu bagaimana Islam mampu melahirkan insan-insan yang hebat dan sanggup berkorban demi Islam? Mungkin kerana membaca kisah-kisah mujahidin Islam maka persoalan bermain-main dalam benakku. Subhanallah, tidak ku terbayang kekuatan iman mereka sehingga moto hidup mereka adalah syahid.
Bak seruan Bara’ bin Malik kepada golongan ansar,
“pada hari ini tiada lagi madinah untukmu, yang ada hanyalah Allah dan RasulNya!”
Cita-cita untuk mati syahid itu bukanlah hanyalah omongan kosong. Pada hari ini andai dikau bertanya kepada syabab-syabab Islam sanggupkah mereka berjuang dan syahid demi agama mereka, pasti ramai yang akan terdiam. Usah difikirkan tentang orang lain, diriku sendiri pun tidak pasti. Mungkin sebab itulah kita digalakkan untuk membaca kisah-kisah sahabat, kerana kita akan turut bersemangat apabila membaca tentang semangat-semangat mereka. Bagaikan satu kata-kata yang baru kudengar kelmarin,
“Cubalah untuk menjadi seperti mereka, walaupun tidak mampu 100%, cubalah semampunya”.
Ini kerana, kewujudan mereka membuktikan iman yang jitu itu wujud. Malah meyakinkan. Seperti syahidnya imam Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb. Keteguhan Zainab al-ghazali, semua ini adalah hasil daripada iman yang tidak berbelah bahagi terhadap Allah. Apabila membaca tentang seksaan yang dihadapi oleh Zainah al-Ghazali, diri tertanya, Ya Allah, bagaimana kalau aku yang berada ditempatnya? Sanggupkah ku ditampar, dirotan, ditendang dan sebagainya demi kalimah La Ilaha Ilallah?
Selama ini ingin berjumpa dengan baginda Rasulullah, tetapi lihatlah Allah’s tribulation to Zainab pabila menemukannya dengan Rasulullah dalam mimpinya. Mungkin aku tidak layak untuk bertemu dengan Baginda Rasulullah. Bezanya seperti pipit dan enggang. Malah terasa diri lebih kecik dari tu, nak kate besar macam semut je pun boleh jugak.
Semua mereka diseksa dan dihina hanya kerana satu sebab: mereka ingin menegakkan kalimah La Ilaha Illallah. Sangat kagum. Sangat sangat kagum. Ku pasti perjalanan ku masih jauh. Dan kekuatan ku bukanlah dibina dengan menggunakan besi yang terkuat di bumi ini. Sumber kekuatan ku hanyalah satu keimanan yang jitu kepada Allah. Jalan di depan masih samar. Ustaziatul alam itu pun tidak pasti lagi. Tetapi andai aku hanya pandai beromong dan tidak melakukan maka termasuklah aku dikalangan yang rugi kerana ingin menempah disyurga bukanlah dengan bersenang-lenang di atas katil atau pun mengeluh kesah tanpa usaha.
Bercakap tentang kesenangan, malam tadi ketika menghadiri katibah, kami hanya tidur beralaskan beg ataupun kain sembahyang masing-masing. Membuatkan diri terreflect, andai ingin tetap berada di jalan ini janganlah harapkan kesenangan. Ini kerana baru je tidur beralaskan beg, dah berangan untuk mendapatkan satu bantal kecik untuk dibawa ke sana sini. Bagaimana hendak mendapatkan selimut yang portable dan tak amik banyak sangat space sebab malam tadi sangat sejuk. (Sape suruh tidur bawah air-cond, hehe.) Tapi itulah, baru susah sikit dah nak macam-macam. Macam juga telefon ku. Seorang ukhti sangat bersyukur dengan hp yang berharga 120 (yang sering direfernya sebagai telefon seribu dua ratus). Tapi andai aku ditempatnya pasti aku akan mencari telefon yang lebih canggih, sekurang-kurangnya boleh simpan banyak msg supaya kalau tak sempat nak delete message aku tidak perlu delete msg2 lama. Tu la, manja sangat dah biasa hidup dalam kesenangan.
“Bersusah-susah la kamu kerana kesenangan mu itu boleh hilang dalam masa sekejap je”
Betul kan, kalau Allah nak jadikan, maka jadilah. Tak mustahil tiba-tiba ribut melanda bumi Malaysia ini dn memusnahkan segala harta benda yang ada. Tidak mustahil “Kun Faya kun”.
Okies, sampai sini dulu. Thought of the day. Semoga bermanfaat untuk semua. Diri ini terutamanya perlu diberi peringatan banyak kali kerana sangat mudah leka dan alpa.
Segala yang baik dari Allah, segala kekurangan adalah atas kelemahan saya sendiri.
Wassalam.

0 comments:
Post a Comment