Salam wrb,
Setiap kali membaca post yang sebelum ini, setiap kali itu juga hati terdetik. Mengapa apabila hanya manusia mempersoalkan tanggungjawab kita, kita sudah berasa runsing tetapi tidak teringatkah bahawa akan tiba harinya setiap jiwa akan menghadap Tuhannya iaitu Allah dan setiap perbuatan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya akan dihukum dan ditanya? Bukankah suasana itu lebih menakutkan sebab natijah setiap perbuatan adalah pasti?
Maka persediaan perlu dibuat daripada sekarang. Tetapi sejauh manakah kita membuat persiapan itu? Hakikatnya ramai yang mengimani hari pembalasan tetapi tetap tidak berasa takut ketika membuat dosa. Malah kita sering lalai, lupa dan alpa dengan dunia seolah-olah akan hidup di dunia selama-lamanya. Semua orang tahu dia akan mati, tapi persediaan untuk mati itu adalah amat sedikit.
Peringatan untuk diri yang sering lalai juga. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan akan datang.

0 comments:
Post a Comment