Topik kegemaran saya sejak mengenali dunia tarbiyyah ini ialah topik "HATI". Topik ini sangatlah dekat dihati. Sebabnya nak mengubah pakaian dari senteng ke labuh senang, nak labuhkan tudung pun senang tapi mendidik hati sangatlah susah. Nak membuang karat-karat jahiliyah yang bersarang dalam hati pun memerlukan usaha yang jitu. Tapi yang paling susah sekali nak maintain kesucian hati. Sebab karat-karat jahiliyah itu terlalu dalam kesannya dalam hati sehingga sukar dilepaskan.
iluBerkaitan dengan topik hati, satu ayat yang sering diulang-ulang dan sering didengari ialah iman (yang terletak di dalam hati) itu sifatnya seperti air yang mendidih. Ada masa iman itu tinggi. Ada masa iman itu turun. Malah naik turunnya iman itu adalah perkara biasa bagi seorang mukmin. Namun begitu, sepanjang masa ini belum pernah ada yang memberitahuku bagaimanakah naik turunnya iman itu? Hari ini attend kelas di masjid dengan mak. Kata ustaz "Iman itu naik ketika membuat kebaikan. Dan turun ketika membuat kejahatan/kemungkaran". Simple as that. Nampak mudah kan. Jadi kalau tak nak futur (iaitu graf iman jatuh) sentiasa melibatkan diri dalam melakukan perkara-perkara kebaikan dan jauhi keburukan/kejahatan. Senang je kan..
Betul ke? Hakikat yang kita ketahui juga, syaitan sentiasa beusaha untuk memesongkan anak Adam dari jalan kebenaran. Paling dibenci apabila kita berusaha menjadi baik dan melakukan segala suruhan Allah. Akan datanglah bisikan dari segenap arah dan penjuru
Wahai _____, jangan sembahyang!
Wahai _____ buat ape mengaji bukannya paham pun ayat Quran tu.
Wahai ______, jangan bersedekah nanti duit bulan ni tak cukup.
Ala kejap je lagi, cerita ni habis lagi 5 minit. Sabar la dulu... Semayang sat lagi...
Jom ngumpat jom...
Dan banyak lagi bisikan yang datang tanpa dapat kita tepis kerana kita tak nampak pembisik kata-kata hati itu. Tapi Allah tidak akan memberikan kita ujian tanpa memberikan kita pelindung atau penawar kepada ujian-ujian tersebut. Or in this case ialah : ujian pembersihan hati.
Kata ustaz, Nabi Muhammad saw menganjurkan agar kita sentiasa mengamalkan zikrullah. Oh satu lagi perkara: nampak sangat mudah, tapi kenapa berat nak buat? Tak caya, cuba sebut subhanallah walhamdulillah allahuakbar. Senang je kan. Tapi cuba amalkan berzikir sepanjang masa. I suggest that you mengamalkan zikir ini 70x sehari selama 3 hari (untuk experiment je nak tengok senang ke susah). Pastu naikkan kepada 5 hari. Pastu 7 hari dan seterusnya.
Berdasarkan sebuah hadis, Rasululllah tidak akan melalui sehari tanpa beristighfar. Ada sahabat pernha duduk di sebelah Rasulullah, di dengarnya Rasululllah bertasbih 100x. Saidatina Aisyah pula berkata Rasulullah beristighfar 70x sehari. Oh, baru saya faham sekarang kenapa saya salah satu mutabaah amal ialah beristighfar sebanyak 70x sehari. Kan formula nak selamat dunia akhirat ialah berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Nah, inilah peluangmu.
InsyaAllah amalan wajib: Sembahyang, puasa, zakat + amalan sunat : solat sunat rawatib, qiyamullail + amalan berzikir insyaAllah graf iman kita akan sentiasa menaik. (Dan ikhlas) Petuanya ialah istiqamah.
Tapi point utama saya dalam entry ini ialah "yok kita beristighfar 70x sehari, yok!"
p/s: Siapa kata syurga itu murah harganya? Nak ke tak nak? Tepuk dada tanyalah iman
(oh... peringatan untuk diriku sendiri juga).
Akhir kata, ayuh kita strive untuk menjadi ahli syurga. Doa banyak2. insyaAllah, Allah melihat kepada usahamu.

0 comments:
Post a Comment