CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 17, 2012

mencintai dan merindui syahid

Assalamualaikum wrb,

Berjalan-jalan di laman mukabuku, beberapa kali terbaca petikan catatan Dr. Zainurrashid tentang pegalamannya di bumi Gaza yang terkini. Pengalaman beliau pada hari ini betul-betul menarik perhatianku.

Setiap orang di bumi Palestin merindui syahid. Malah mereka bercita-cita untuk syahid. Subhanallah, hanya Allah yang tahu betapa kuatnya semangat jihad mereka. Andai ditanya kepada ku mahukah aku syahid di jalan Allah? Jawapan skema yang ku ada ialah : Ya. Tetapi aku terbayang, bagaimana jika pada waktu ini senapang itu diacukan ke wajah ku? Mampukah aku berdiri mempertahankan diri dan yang penting berjuang sehingga syahid?

Aku sering menceritakan berbeza orang yang berlawan takut mati dengan orang yang berlawan mengejar syahid. Andai dibayangkan dua parajurit memegang pedang sedang bersedia untuk berlawan, seorang memang mengejar kematian, maka dia pasti dia akan takut untuk mara dan menghayunkan pedangnya. Tetapi bagi seseorang yang takutkan kematian, pasti setiap langkah adalah untuk mempertahankan diri dan langkahnya pasti sedikit ke belakang, ke belakang dan terus ke belakang. Nah, di sini kita sudah boleh mengagak, pengakhiran bagi pertembungan ini.

Aku sering terfikir, yang manakah aku dalam situasi itu.. Adakah diriku pengejar syahid yang berani mati atau aku akan mengambil langkah ke belakang sekadar mempertahankan nyawaku? Berdiri bulu romaku memikirkan situasi ini.

Orang yang imannya teguh, pasti tidak akan melangkah ke belakang. Langkahnya akan utuh, maju ke depan kerana syahid itu lebih dikejar berbanding kehidupan di dunia yang menyakitkan dan menyesakkan dada ini. Andai pengakhiran itu, pengakhiran yang baik, masyaAllah alangkah bahagianya jiwa itu. Tempat yang sudah pasti ke syurga.

Tetapi, di manakah aku nanti? Layakkah aku ke syurgaNya? Atau adakah diriku akan di'basuh' di neraka sebelum Allah membenarkan ku ke syurga? Gelapkah atau terangkah kehidupan ku di alam barzakh nanti? Adakah aku akan sentiasa diseksa atas setiap dosa yang ku lakukan atau aku mampu tersenyum riang nanti?

Terlalu banyak tanda tanya yang aku pasti tiada siapa dapat menjawabnya, kecuali apabila tiba masanya nanti. Aku sangat tertarik dengan hadis terakhir yang diberikan oleh Dr. Zainurrashid

Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya: Tidak ada seorangpun yang

telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini

diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati

syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh

kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid


Mampukah aku memiliki iman seutuh itu dan cinta dan rindu pada Rabb dan rasulNya sekuat itu? Tepuk dada, tanyalah iman.....

Wassalam wrb...
.


0 comments: