Kita hanya mampu merancang tetapi Allah lah yang menetapkan segalanya. Semalam selesailah ekspedisi jaulah ku yang kedua di bumi
Semalam semasa ana menghantar sisters lain kat hamzah dengan humaira, ana berasa sedih. Bilakah ku akan ketemu dengan musim autumn yang manis ini lagi? Hanya Allah yang tahu. Autumn ku yang terakhir di bumi kangaroo ini. Merancang, berfikir, bekerja bersama-sama untuk melaksanakan jaulah ini. Bila ianya berakhir ana menarik nafas tanda lega dan juga kerana sedih.
Perancangan Allah setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Sebagai hamba ana akur dengan aturanNya.. Sedih kerana selepas ini kita semua akan sibuk dengan tugasan di uni. Hati terasa rindu setelah hamzah dan humaira meninggalkan unilodge. Assignments ana sendiri semakin menimbun. Sisters lain pasti busy dengan test, exam dan assignments masing-masing. Tanggungjawab sebagai pelajar tidak boleh terabai kerana rakyatlah yang menaggung perbelanjaanku di bumi
Lepas ni dah tak boleh main-main. Kene tunggu musim yang seterusnya menjelma. Musim sejuk, pasti seribu satu memori baru akan terukir di hati dan minda ana. Ana tak pasti adakah ianya akan manis atau pun pahit. Entah-entah masam. Tetapi yang pasti ana tidak sabar bergembira untuk bersama-sama lagi.
Walaupun humaira kurang cantik, selesa, takde air-cond.. ana berbangga dengan humaira. Mampu berjalan jauh. Walaupun masa naik bukit rasa macam hendak menolak dari belakang, ana rasa bersyukur kerana mampu menghabiskan jaulah tanpa sebarang break down. Sayang humaira. Semoga humaira sihat selalu.
Ok banyak tugasan lain menunggu. Cukuplah sampai sini dulu. Kalau boleh memang nak update blog ni sepanjang hari. Macam-macam berlaku. Tetapi masa tidak mengizinkan. Ana terpaksa mengundur diri.

1 comments:
alhamdulillah...semoga walau kite tak berautumn lagi thn depan ....kite tgu je la daun2 gugur kat ipba nti...bersama2 la kite mengahadapi hari mendatang...tak tahu apa yang terhidang...doa bersama agar tiada yang menghalang...bersama-sama 'membesar' dengan dada yang lapang...
Post a Comment