bila badai melanda
aku terfikir
bagaimanakah mereka mengatasinya
langkah yang diatur dan diambil kadang kala terasa silap
apabila hasilnya tidak seperti yang diidamkan
aku terfikir,
bagaimanakah mereka menyusun masa
aku terfikir lagi
bagaimanakah mereka menjadi insan yang hebat
mungkin tidak sehebat insan di zaman Rasulullah
tetapi cukup hebat di mata ku
apabila teka-teki menjelma
aku terfikir,
jalan manakah yang perlu ambil
menghuraikan tekai teki yang tiada jawapan yang pasti
kadang-kala aku kaget,
gumam,
takut,
dan runsing
mampukah aku
bagaimanakah jika aku dipersoal di sana kelak
tertunaikah sudah segalanya?
shadatul haq ku...
Ya Allah berikanlah ku kekuatan
Ya Allah berikanlah aku petunjuk Mu
Ya Allah iringilah setiap langkah ku
Ya Allah hanya padaMu aku berharap
ku tidak mampu Ya Allah
tanpa petunjukmu
tanpa furqanmu
tanpa hidayahmu
bantulahku Ya Allah
Tuhan Yang Maha Mengasihani
Ya Allah kasihilah juga mereka
insan yang pernah membimbing
insan yang pernah berada di sisi
ku rindukan mereka Ya Allah
kehadiran mereka di negeri 'down under' ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Madam Afifah
Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian di langit dan bumi sambil berkata "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka."
(3:191)
(3:191)

1 comments:
rindu kak mas T_T
Post a Comment