Salam wrb
di kala semangat membara dalam diri. tiada apa yang mustahil. malah, ayat-ayat Allah tidak lekang dijadikan sumber kekuatan diri. Kebersamaan turut menyumbang kepada kemahuan diri untuk menegakkan ISLAM dalam diri. Nak I besar ke i kecik. Adakah aku islam hanya pada nama atau aku seorang islam yang melakukan setiap ajaran Islam?
Di kala semangat semua program hendak dihadiri. Malah semangat untuk membaiki diri sangat berkobar-kobar. Nothing was impossible. Mujahadah itu manis kerana tahu di pengakhiran mujahadah itu adalah sesuatu yang diimpikan oleh setiap muslim.
Setahun berlalu.....
2 tahun berlalu....
3 tahun berlalu...
Kini....
Waqi' berbeza. Orang berbeza. Tempat berbeza. Semangat yang berkobar-kobar sudah hilang. Yang tinggal hanyalah kefahaman tentang sebab perlunya melakukan dan istiqamah dalam perubahan ini...
Semangat akan hilang setelah beberapa detik. Namun kefahaman tidak akan hilang. Tetapi terpulang kepada diri sama ada mahu tetap teguh dalam kefahamannya atau hilang and turut menyertai arus duniawi. Semua tahu mati itu pasti... tapi tidak ramai yang menyediakan diri untuk kematian itu. Setiap orang yang beriman percaya hari pembalasan pasti akan tiba, tetapi berapa ramaikah yang berlumba-lumba untuk memberatkan timbangan amal mereka?
Dan aku... aku tahu aku perlu tetap dan menambah kefahaman ku. Namun adakah aku melakukan setiap perkara yang perlu aku lakukan? Sudah lembutkah hati ku? Atau ianya masih keras... sekeras batu.
Dan aku.. adakah aku mahu terus hanyut dengan dunia yang fana sedangkan aku tahu pengakhiranku di sana akan dihitung. Aku mahukan pengakhiran yang baik ... tetapi adakah aku berusaha ke arahnya?
Aku selalu meminta padaNya namun adakah aku sudah mencuba sehabisnya untuk mengubah diri kepada lebih baik lagi daripada sekarang?
Mampukah aku menghadapkan diri di hadapanNya kelak.. sedangkan aku masih lupa, lalai dan leka....
Antara semangat dan kefahaman.... aku tahu mana yang akan kekal bersamaku..

Fastabiqul khairat...

"Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di sekeliling mu"
Hassan Al-Hudaibi
Hassan Al-Hudaibi

1 comments:
gambate! mad'u kat depan mata tu byk. pergilah menjala!
Post a Comment