Alhamdulillah akhirnya hujan turun membasahi bumi yang gersang. Maka malam menjadi dingin kembali. Air pun kembali menjadi sejuk. Nyaman....
Bacaan SP jerebu: 95 (Ahad lepas). Kalau tengok luar memang berasap. Sampai juju pun siap berdebu. Semua orang kepanasan. Mengajar dalam kelas pun macam marathon kt tengah padang. Nak buat pape pun pikir 2 3 kali. Panas amai.. (ni baru panas dunia)
Tulah kalau nak rasa nikmat sejuk, tunggu masa cuaca panas terik dan kering kontang (macam 2 minggu ni) .
Nak rasa nikmat air... tunggu sampai tak ade air
Nak rasa nikmat elektrik.. tunggu sampai black out
tapi takkan nak tunggu sampai nikmat yang ada ditarik balik baru nak bersyukur ye tak?
Hamdanlillah.. Syukranlillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Madam Afifah
Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian di langit dan bumi sambil berkata "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka."
(3:191)
(3:191)

0 comments:
Post a Comment