Salam wrb,
Pernah ke terfikir nak hantar surat kepada Allah?
Asas kepada mengaji ialah mengenali hurf-huruf sebelum kita belajar tanda-tanda. Salah seorang adik saudara saya masih lagi bertatih di peringkat awal mengenali huruf-huruf hijaiyah. Sekarang ini dalam proses untuk mengingat semula huruf-huruf tersebut setelah sekian lama pembelajaran al-Qurannya terhenti. Namun begitu sejak dari semalam Rasel tersekat pada huruf 'jim', 'ha' dan 'kho'. Satu titiknya di dalam, satu tiada titik dan satu lagi titiknya di atas. Oleh kerana Rasel masih keliru yang mana satu jim, ha dan kho, dia perlu membaca muka surat yang sama berulang-ulang kali. Bile dah tiga kali ulang muka surat yang sama:
Rasel: Kakak Ifah lepas ni kite bace yang sebelah pulak
Kakak Ifah: Tak boleh, bila dah lancar baru kite masuk muka surat sebelah.
Rasel: Lancar tu ape?
Kakak Ifah: Lancar tu maknenye bila rasel boleh baca takde salah-salah. Tengok sekali dah tau bunyinya 'ja', 'ha' atau 'kho'
Rasel: *Mengeluh* Nanti kejap ye
Rasel membaca doa dengan penuh tekun. Mulutnye terkumat kamit membaca sesuatu. Tangannya gaya orang berdoa dan rapat ke muka. Apabila sudah habis berdoa Rasel menyapu mukanya kemudia meluruskan tangannya ke depan, sedikit terangkat ke atas sambil tapak tangannya dalam keadaan menadah lagi.
Kakak Ifah: Rasel buat ape tu?
Rasel: Tadi kan dah bace doa. Allah kan ada di atas. Jadi Rasel nak sampaikan surat kat Allah. (tanganya masih diluruskan ke depan dan telapak tangannya masih gaya menadah).
Rasel: Ok, jom kite sambung semula.
Hahaha.. Kakak ifah hanya mampu tergelak. Takpelah kecik lagi. Esok kalau buat lagi baru cakap tak payah buat macam tu pun Allah boleh dengar doa Rasel.
Menarik jugak. Alhamdulillah budak kecik ni tau kalau dalam masalah Allah akan menolong dan maha mendengar.
Memang.. ALLAH MAHA MENDENGAR.

1 comments:
hehe.. yeke dia buat mcm tu? so pure
Post a Comment