CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 22, 2010

Langkah pertama

Islam menuntut umatnya agar menuntut ilmu hingga ke liang lahad

Ayat pertama yang Allah turunkan juga menyuruh hamba-hambaNya agar membaca. Dengan kata lain sentiasa mempelajari sesuatu yang baru. Peribahasa orang Melayu kata "Membaca jambatan ilmu". Jadi oleh kerana saya orang Islam yang berbangsa Melayu kata-kata ini sesuailah dengan diri saya.

Sebuah hadis turut menyebut

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW."

Kerana ini, saya harus menjadikan diri saya lebih baik daripada hari semalam.

Ditambah pula dengan tekanan ketidakbolehan mengawal bilik darjah terutamanya anak-anak bandar yang sungguh fasih menjawab setiap teguran cikgu. Dan hilangnya sikap menghormati guru di kalangan mereka.

Menurut kata H.M Tuah, kita tidak akan tahu sama ada kita mampu atau tidak sehingga kita mencuba. Dan kebanyakan ahli perniagaan yang berjaya sering berkata "sebenarnya saya cuba-cuba saja. Tak sangka boleh sampai ke sini pada hari ini". Jadi, saya akan cuba untuk melompat ke dalam zon yang tidak selesa ini dengan fikiran yang positif bukan dengan sebarang rungutan negatif.

Jadi, dengan ini saya perlu memperbetulkan niat saya. Bukan kerana terpaksa. Tetapi sebab kebanyakan kebaikan adalah ke atas diri saya sendiri. Dan juga setiap sesuatu bermula dengan niat. Dan kita akan dapat apa yang kita niatkan. Juga kerana langkah pertama mestilah diambil dengan betul. Andai langkah pertama sudah tersasar, tidak mustahil langkah-langkah seterusnya akan terus terpesong ke tempat lain.

Bismillahirrahmanirrahim.
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani"

I'm going to try, Insya Allah. Wish me luck!
q(^_^)p

Tetapi yang paling penting sekali sebenarnya ialah saya mengamalkan segala ilmu yang telah saya pelajari. Kerana celakalah ke atas diri saya jika tidak mengamalkannya. Ilmu tanpa amal tidak ada gunanya. Samalah seperti pohon tanpa buah. Ditanam tetapi tidak membuahkan sebarang hasil. Tidak kisahlah ilmu agama, ilmu pendidikan, ilmu mengemas rumah atau pun ilmu memasak. Juga tidak ada gunanya saya menyampaikan ilmu yang tidak saya amalkan kerana Allah menegur di dalam surah As- Saff ayat 2-3 : Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan"

Jadi, cakap jangan sebarang cakap. Kalau tidak mungkin akan mengundang kebencian dari Allah yang sangat kita harapkan keredhaan dan kasih-sayangNya. Kan kalau sayang orang kita nak buat orang tu hepi selalu. Samalah juga kalau kita sayang Allah.

Sampai sini dulu. Jaga diri aok.
Salam wrb.

0 comments: