Alhamdulillah, mengucapkan rasa syukur kepada Nya. Girangnya hati ini. Tadi bertemu dengan anak-anakku yang sedang mengikuti lawatan tahun 6 (Rugi pula rasanya tak bawa kamera sekali tadi). Baru setahun tidak bertemu, tapi ramai yang dah nak sama tinggi dengan cikgu. Baik lelaki mahu pun perempuan. Namun begitu, sedikit rasa terkilan terpalit di hati apabila ada yang hanya melihat dari jauh bagaikan merajuk dengan cikgu. Manakan daya, tangan dan mataku hanya sepasang. Manakan mampu menangkap semuanya sekaligus. Tetapi, cikgu kena salahkan diri sendiri sebab tidak menjawab mesej Suin tempoh hari. Minta maaf ye Suin.
Hilang sebentar dukaku yang disebabkan oleh perangai anak-anak di sekolah. Kalaulah kalian tahu apa yang terbuku di dalam dada ni, pasti kalian tidak akan berperangai sedemikian. Memohon pada al-Khaliq, pemegang hati-hati kecil ini agar melembutkan hati mereka agar mudah dinasihati dan menerima ilmu. Berdoa kepada Allah agar mereka mudah mendengar cakap. Meminta kepadaNya agar diri diberi kekuatan untuk terus mengajar mereka ke akhir tahun.
Kepada anak-anak Batang Ai ku, terima kasih kerana menyayangi cikgu. Semoga semuanya terus berjaya di masa hadapan. Sayang kamu semua.
Belajar manah aok. Aku sayau nuan. Anang manchal, nemu dek.
Thank You Allah for this

0 comments:
Post a Comment