CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 29, 2010

Saya seorang guru

Salam wrb,

Heee... hari ini saya ada sedikit gembira

Kenapa?

Hehehe sebab saya tahu saya disayangi
=D (senyum lebar sket)

Aiman kate tadi
"Cikgu, cikgu sik boh balik johor eh...
cikgu ajar sitok gik tahun depan...
cikgu duduk sitok dalam 15 tahun lagi boleh"

(Agak lucu sebenarnya. Masa tu terpaksa kawal supaya tak senyum lebar. Kenalah kontrol muka.. hehe kalau tak nanti diorang tau cikgu ni lembut hati. )

siapa aiman?
aiman murid saya di kelas 3B.
kalau di marah akan menangis.
tapi kalau tidak dimarah perangai menjadi-jadi
(ada sedikit manja)..

Saya selalu je kate kat aiman
"aiman ya, mun cikgu anuk, kitak manas...
mun sik di anuk malar nya berolah"

makna :
aiman tu, kalau kite marah die merajuk.
tapi kalau tak marah perangai menjadi-menjadi

3B ialah salah satu kelas paling nakal di sekolah saya. kalau mengikut turutan, ini kelas yang paling lemah. Dalam kelas ini juga saya berlatih vokal saya. Untuk menjerit-jerit bagi memastikan suara saya didengari oleh murid-murid yang gemar mengelamun dan membuat aktiviti lain ketika saya sedang mengajar. Kadang-kala saya terpaksa berhenti mengajar banyak kali bagi memastikan mata mereka adalah kepada saya dan bukan kepada kertas yang sedang diconteng, digunting atau pemadam.

Tetapi walaupun mereka sering 'berolah = buat perangai' dan setiap hari saya berasa seperti sakit dada dan sesak nafas ketika bertempik atau pun memarahi individu-individu tertentu, perasaan marah sentiasa hilang selepas ucapan terima kasih diucapkan dan sebaik kaki melangkah keluar dari kelas. Dan kenakalan mereka yang menyebabkan saya sayang kat mereka. Sebab setiap hari saya terpaksa berusaha untuk memenangi hati mereka. Jadi usaha-usaha ini sedikit sebanyak meletakkan mereka antara kelas istimewa di hati saya.

Saya juga mendapati waktu kegemaran saya pada setiap hari ialah apabila anak-anak murid saya bersalam dengan saya. Ini kerana tidak kira apa pun perangai mereka yang menyakitkan hati saya pada hari itu akan terbang ditiup angin sebaik sahaja tangan ini menyentuh dahi mereka.

Kadang-kala seronok jugak jadi cikgu.
Terutamanya apabila disayangi oleh makhluk-makhluk kecil ini.

Sekian sahaja, wassalam wrb.

0 comments: