CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 06, 2011

itu dan ini

Banyak kali hati terdetik untuk mengeluh di ruang putih ini..
Namun banyak kali juga hati berkata
Bukankah masih ada yang lebih teruk keadaannya daripada keluhan mu wahai diri
Maka keluhan terhenti sebentar
Menyedari hakikat bahawa diri ini sebenarnya telah menerima sangat banyak rahmat kasih-Nya
Ujian tetap mendatang
Kesenangan adalah ujian, kesusahan adalah ujian juga
Terpulanglah kepada diri untuk menentukan sama ada mahu kekal dalam iman atau tidak setiap kali ujian mendatang..

_________________________________________________________


Di musim assignment yang semakin menggunung ini
Teringat kenangan musim assignment di Bumi Kanggaru
Masa itulah hati bermujahadah untuk menerima segala kelebihan dan kelemahan teman-teman seperjuangan
Juga masa untuk mengurung diri dalam bilik untuk menyiapkan assignment demi assignment
Masa itu juga, makanan yang dimasak adalah masakan paling mudah dan cepat agar boleh cepat kembali ke dalam 'gua' masing-masing
Dan waktu makan itu biasanya kita menonton The Biggest Loser

Saya rindu kamu berdua..

You know who you are (^_^)

Oh ye, kamu juga mata hati yang sering bertandang dari sana ke bilik saya di Unilodge

Doakan saya ye!

0 comments: