CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 11, 2007

Islam, bumi kangaroo dan aku

Salam wrb

Pengembaraan di bumi brisbane telah tamat. Maka kembalilah daku ke tanah tumpah darah tercinta. Brisbane.. jaraknya hanyalah beberapa ribu batu. Bisa sampai di sana dengan menaiki kapal terbang. Apa yang best sangat kat brisbane tu? Hmmm.. apa ya?

Yang pasti, di situlah daku mengenali Islam yang sebenar. Di sana aku mula mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharianku. Amalkan bagaimana? Islam. Satu perkataan yang andai disebut di negara-negara atau tempat-tempat yang tidak mengenali islam yang sebenar hanya satu perkataan akan terbayang di minda mereka... PENGGANAS. Tetapi sepanjang pengenalanku kepada Islam is a way of life, aku dapati Islam tidak lebih daripada.. PENYELAMAT. ku lihat di sekelilingku. Sedih juga melihat rijal-rijal Islam semakin hanyut dibuai keindahan duniawi. Kalaulah mereka tahu dunia ini hanyalah sementara. Malah telah disebut di dalam al-Quran, (79:46) "pada hari mereka melihat hari kiamat itu, mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu sore atau pagi hari". Andainya kita semua menyedari hakikat alangkah indahnya. Setiap insan membanting tulang empat kerat di kebun (dunia) masing-masing untuk mendapatkan hasil di dunia yang kekal. Sedarlah wahai pemuda-pemuda Islam.

Persinggahkan ku di sana juga mengajarku bahawa Islam tidak akan berubah kerana kita. Tetapi aku yang perlu berubah mengikut acuan Islam. Seringkali konflik menyerang diri. Mampukah aku berubah? Aduhai, susahnya macam mana nak buat? Tak reti nak buat.. nak buat macam mana ni? Tetapi andainya perubahan itu adalah perlu, kenapa aku perlu berdegil menjadi sesuatu yang tidak mengikut acuan dan keperluan Islam? Andai aku tidak mahu dilentur mengikut acuan Islam, bagaimanakah aku boleh menjadi hambaNya yang soleh? Bagaimanakah hendak mendapatkan perhatian daripadaNya? walaupun pada hakikatnya Allah menyayangi setiap hambaNya, takkan lah aku hendak menjadi yang average sahaja sedangkan ganjaran yang sedang ku kejar adalah yang teristimewa. Mahukah aku menjadi golongan yang diabaikan oleh Allah? Nauzubillah, jauhkan ku Ya Allah daripada kemungkinan itu.

Islam.. bumi kangaroo.. dan aku. Rindunya aku kepada permukiman ku yang sementara itu. Namun andai dilayan perasaan ini, aku akan terus di hari semalam. Sedangkan waktu ini terus berlalu dan hari esok tetap akan tiba. Kisah semalam.. kita simpan di dalam hati. Terima kasih sahabat. Jauh atau dekat. Pertemuan kita adalah keranaNya dan perpisahan kita juga keranaNya. dan sebagai hamba yang ingin mendapatkan redhaNya, kita perlu belajar untuk redha dengan ketetapanNya. Hari ini kita masih perlu berjuang. Hari ini kita masih perl untuk menyiapkan diri untuk hari esok yang blum pasti. Hari ini kita masih memikul amanah yang daku pasti akan ditanya olehNya. Hari ini kita masih perlu membawa yang terbaik dalam setiap perkara. Hari esok... kita hanya mampu merancang. Selebihnya kita serahkan kepadaNya. Sebab hari esok masih samar-samar. Hanya Dia yang tahu apa yang akan terjadi.

Terima kasih Allah atas kurniaan Mu. Walau seketika, manisnya terasa sehingga kini.


2 comments:

Anonymous said...

rindu..
isk3x..
=(

Madam Afifah said...

=)... optimis sajalah