CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 20, 2008

datang dan pergi

Salam wrb, asif dah lame tak apdet blog ni. Bukan tak mahu. Tetapi masa yang ada sangatlah sempit dan setiap hari mata akan terus terlelap sebaik sahaja tubuh menyentuh tilam. Hari ini secara rasminya, ana bergelar akhawat malaysia. Sebaik sahaja ucapan “ Mulai hari ini akak serahkan kamu kepada xxxx. Lepas ini tiada lagi sebarang berita yang akan sampai dari akak”. Hati terasa sebak dan mata mula bergenang air mata. Wajah kupalingkan sambil tangan sibuk mengemas barang-barang yang ada dihadapan, bagi mengelakkan sahabat-sahabat di sekeliling menyedari perubahan diwajah. ummi kami sudah bertukar. Terasa seperti berada pada saat-saat terakhir di Brisbane. Di mana Allah telah menetapkan bahawa perpisahan kami di Brisbane international Airport tanggal 30 november yang lalu. insan yang sekian lama memerhatikan perkembangan tarbiyyah dan memberi begitu banyak tunjuk ajar kepada diri. Tidak terhitung pengorbanan yang telah dilakukan demi senyuman pada setiap wajah yang hadir di hadapan mata. Apabila seorang merajuk, maka susah hati la dia. Apabila seorang yang lain tidak sihat, maka susah hati jugalah dia. Namun, sebagaimana yang diakui setiap insan di bumi Allah yang bertuah ini. Setiap pertemuan pasti diiringi dengan pemergian. Itu adalah pasti. Jika tidak perpisahan sementara, mungkin adalah perpisahan yang abadi. Walaupun tahu, esok lusa akan berjumpa lagi, namun hakikat yang diri sudah bertukar ummi membuatkan hati sebak dan jiwa menangis. Jazakillah ummi.

Namun, tidak dapat dinafikan, hati tetap berasa gembira kerana kami sudah hampir dengan kakak kesayangan kami. Nak dekat 2 minggu sampai kat kl ni, tiap2 hari terfikir, bilakah boleh ke klcc. Namun, kelapangan yang ada perlu di spend untuk pelbagai aktiviti lain. Surprise visit kak mas tempoh hari berjaya melakarkan sekuntum senyuman di setiap wajah adik-adik yang merindui kakak yang telah pulang setahun yang lalu. Terutamanya bagi yang belum pernah berjumpa dengannya sejak balik 1 disember hari tu. Hari tu hujan turun sangat lebat. Tapi tak apa, baru hujan, belum lagi storm. Maka kami berdua pun berpayung meredah hujan ke stesen kerinchi. “Saya ada kat majid jamek sekarang ni”. “ok baik, nanti kami datang bawak payung”. Masa mula-mula nampak dari jauh, diri ini sangat excited. As kak mas tak perasan, saya pun berlari-lari anak menuju ke arahnya. Huhu terasa diri childinsh dan diperhatikan oleh orang sekeliling. Alaaa... kejap je lari tu. Pastu, main “cak ah”. Haha, kak mas terkejut. Then, masa kak mas sampai kat ipba, suma orang yang nampak kak mas dari jauh terasa excited. Nak lari pegi kak mas tak boleh sebab tengah main game dengan adik-adik cohort 5. Tapi lepas tu, bila dah habis main, sume melompat. Adalah beberapa orang yang menagis. Mungkin kerana terlalu gembira ataupun kerana merindui insan yang tidak pernah lekang memanjakan kami di bumi brisbane dahulu. Kak mas stay sampai pukul 7. Lepas solat maghrib, akak pun balik naik lrt... pegi klcc sebab kete akak ade kat sane. (Acik, ni la cite surprise visit kak mas.) Alhamdulillah, terubat rindu di dada.

Tadi terfikir betapa kami semua sudah ‘membesar’ dalam tempoh setahun. Banyak yang sudah tidak terlalu bergantung kepada akak dalam membuat kerja. Manakan terayang bahawa pada suatu hari, salah seorang daripada kami menjadi fasilitator dan kakak kami merupakan salah seorang perserta kumpulan itu. Nervous jugak sebenarnya, nak sebut ayat-ayat Quran tak reti. Cakap ikut apa yang telintas dan apa yang boleh dikaitkan dengan topik hari tu.

Demikianlah, kisah hidup kami 2-3 hari ni. Kakak yang kembali dekat di sisi dan kakak yang pergi meneruskan perjuangan. Pergi dan datang lumrah kehidupan. Gembira sedih. Ketawa dan menangis. Jazakillah atas segala pengorbanan, teguran dan pesanan kalian. Ukhuwwah fillah abadan abada. Ana merasainya sekarang. Jika tidak kerana Allah, ana yakin, simpulan ikatan yang kuat ini tidak akan terjalin dengan kukuh.

“Ya Allah, tetapkanlah simpulan ukhuwwah kami. Ya Allah ku menyayangi mereka keranaMu. Ya Allah, ku bersyukur kerana Kau telah menemukanku dengan insan-insan yang boeh membantuku dalam permusafiran ana di alam yang fana ini. Alhamdulillah. Di mana pun kalian: Brisbane, Melbourne, Kuala Lumpur, Bintulu, Canada. Uhibbuki fillah. Sayang bangat pada kalian”

4 comments:

Anonymous said...

..alkafufu fil kafufi
fasyhadu 'uhudana
atthabatu fis sufufi
walmadha' walfana'..

tangan bergenggaman tgn
maka saksikanlah janji kami
tetap teguh dlm barisan
maju bersama atau hancur bersama

p/s: syair arabic, baru blaja td =)

Anonymous said...

salam pah... alhamdulillah sempat baca 3 entry. terharu. Moga tsabat atas jalan ni. Hati perlu dididik, akhlak itu perlu disemai pasti nnt boleh jd biasa dan tersenyum dgn ujian, sket2 je boleh escape yea. Pastikan ummi baru dpt sokongan, bantuan dan hawariyyun serta kasih sayang yg sama mcm akak dpt.. Jzk khair

Madam Afifah said...

hait baik kak..
jazakillah for leaving a comment...

Anonymous said...

huhu..ummi pon dah pandai main 'komen mengomen'..lalalala