Salam wrb,
ku pasti ramai yang akui bahawa setiap persahabatan yang terbina antara setiap individu bukanlah mudah. Malah setiap persahabatan pasti akan dilambung ge/ombang sebelum airnya tenang. Selepas itu, gelombang yang kedua ketiga keempat dan seterusnya. Semuanya adalah peringkat taaruf yang kita hadapi dalam mengenali sahabat kita. Semakin lama mengenali semakin banyak yang kita tahu. Mungkin ada antaranya kita perlu belajar menerima dan mungkin antaranya boleh menerima. Namun begitu, setiap satu daripadanya adalah rantaian ukhuwwah yang menjadikan kita lebih mengenali ukhti tersebut.
2 personaliti yang berbeza tidak mustahil untuk bersahabat baik. 2 personaliti yang seiras pun tidak mustahil untuk menjadi seperti dua kutub yang saling menolak. Walau apa pun andai semua ini berteraskan Allah, insyaAllah walau setinggi mana pun gelora yang melanda, semuanya akan kita belajar untuk terima dan menjadikan titik kuat kita untuk lebih mengenali ukhti tersebut.
Di kala membaca sebuah buku tahun lepas, saya ketemu dengan ayat ini
"A true friend friend does not love for you perfection but they love you because of your flaws and imperfection."
Saya rasa ayat ini agak benar sebab untuk bertemu dengan seorang yang sempurna adalah mustahil. Manakan boleh sedangkan kita sendiri sedar bahawa diri sendiri pun terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. Namun, apabila kita belajar untuk menyayangi kerana kelemahan dan kekurangan tersebut ukhuwwah yang terjalin adalah lebih manis. Malah akan bertambah-tambah manis andainya persahabatan tersebut adalah kerana ALLAH TAALA.
Berikut adalah perkongsian sebuah cerita antara dua orang sahabat. Peringkat awal sebuah persahabatan yang sedang belajar menerima dan memberi. Semoga bermanfaat.
___________________________________________________________________
“Therefore every teacher should....”
Azizah terberhenti sebentar daripada ketekunannya menyiapkan assignmentnya. Prap.. Azizah mematah-matahkan jarinya bagi melegakan kepenatan menaip sejak daripada lepas Isyak tadi. Dia menoleh ke belakang. Dalam kesamaran study lamp yang hidup dimejanya itu, ternampak sekujur tubuh sedang lena tidur.
“Penat sangatkah?” detik hatinya. Azizah memerhatikan sahabatnya, Rafidah tidur.
“Tak sampai hati pula nak kejut. Tapi tak boleh pulak tak kejut. Nanti tak abis pulak reading untuk esok” ngomel Azizah seorang diri.
Sudah menjadi kebiasaan baginya dan Rafidah untuk saling mengejutkan. Jika dia yang penat, Azizah akan meminta Rafidah mengejutnya dan begitulah sebaliknya.
“Dah.. nak bangun tak?” ujarnya lembut sambil menggerakkan kaki sahabatnya itu. Kata orang cara yang paling senang nak kejut orang ialah dengan menggerakkan tapak kakinya. Selama ini alhamdulillah, berkesan.
“Erm.. nak” jawab Rafidah seraya membuka sedikit matanya.
“Ok, aku nak sambung buat keje ni” kata Azizah apabila dilihatnya sahabatnya itu duduk terpisat-pisat.
“Hehe, mamaikah Fidah ni” bisik hati Azizah.
Azizah kembali ke meja study nya untuk menyambung ayat yang tergantung tadi.
Therefore every teacher should ensure that the students are able to understand the topic that are discussed in the classroom.
Azizah memandang belakang, dia tergelak sendiri.
“Kata nak bangun. Hurm, takpelah, sambung jelah tidur. Kalau bangun pun bukannye boleh bace pun. Macam dah penat sangat je” Azizah bermonolog.
Lantas Azizah bangun dan diselimutkan tubuh sahabatnya itu. Suhu diluar semakin rendah, kalau tak selimut sejuk pula nanti.
“Takpe, aku dah penat nanti, kau punye turn pulak kejut aku”.
Begitulah biasanya, mereka akan bergilir-gilir tidur. Oleh itu, dua-dua pun boleh stay up disamping berusaha untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.
Semasa mencari idea untuk menyambung karangannya itu, Azizah memandang luar. Satu keluhan kecil dilepaskan. Azizah sedar apa yang mereka lalui sekarang. Dia sedar yang mereka sama-sama sedang berusaha untuk menggembirakan antara satu sama lain. Azizah sedar bahawa kemesraan antara mereka juga sudah lama tidak dapat dirasai. Mahu saja rasanya memberitahu sahabatnya itu. Tapi difikirkan, atas bahu yang kecil itu tertanggung pelbagai tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang anak, kakak, daie, sahabat, pekerja, pelajar dan banyak lagi. Tidak sanggup Azizah menambah beban di bahu sahabatnya itu. Dipandang belakang, semasa tidur wajah itu nampak damai sekali. Bebas dari segala kerutan yang sering dilihatnya. Sahabatnya itu... banyak betul tanggungjawab kau kalau nak dibandingkan dengan aku ni.
Wajah itu setelah beberapa lama menyimpan pelbagai rahsia, sekali sahaja ianya tampak riang gembira. Masa kehadiran Kak Maa tempoh hari. Selalu diam je, tapi bila kak maa datang bukan main gembira lagi. Senang hati Azizah melihat sahabatnya gembira pada waktu itu.
“Hai, Fidah apalah yang kau simpan seorang diri tu.”
Teringin juga dia berkongsi masalah temannya itu. Tapi Azizah hanya mampu memandang dari jauh. Azizah hanya mampu berdoa agar Allah menggembirakan sahabatnya itu disamping memudahkan segala urusannya. Hendak dikoreknya, tapi Azizah takut dia akan melangkaui batas persahabatan mereka. Oleh itu dibiarkannya sahaja. Azizah teringat saat di mana dia kehilangan seorang sahabat baiknya dahulu. Parutnya masih boleh dirasa sampai sekarang. Dia tidak sanggup kehilangan seorang lagi teman. Sakitnya, hanya Allah sahaja yang tahu.
Kadang-kadang Azizah pasrah, ketentuan Ilahi sering sahaja bertentangan kehendak hatinya. Tapi dia sedar, kalau diikutkan hawa nafsu manusia tentu dunia ini akan musnah. Sebagaimana yang termaktub dalam kitab suci al-Quran. Tak ingat pula surah dan ayat mana. Akhirnya, Azizah hanya mampu redha dengan ketetapan Ilahi. Azizah yakin bahawa setiap ketentuan Ilahi itu ada hikmahnya.
“Hatiku ini, perlu dididik lagi”bisik hati kecil Azizah.
Sejak mengetahui matlamat sebenar seorang daie terasa banyak beban yang patut ditanggung oleh setiap umat Islam itu. Contohnya, saudara-saudara di Palestine setiap hari dibunuh. Sedih rasanya membaca berita-berita itu. Teringat pula tugasan dakwah yang perlu dilakukan. Hingga kini dia risau sudah tertunaikah tanggungjawabnya itu. Teringat kawan-kawan yang jauh dipisahkan oleh lautan-lautan. Azizah melepaskan keluhan kecil lagi.
“Azizah, Azizah sudah la tu. Jangan mengeluh lagi. Ingat 2:286. Ujian Allah kan maknanya Allah sayang kat Jah.” Azizah memujuk dirinya sendiri.
Konflik-konflik dalaman mula menguasai pemikirannya. Contohnya hubungan ukhuwwah antaranya dengan Fidah. Hatinya sedih kadang-kadang mengenangkan hal-hal yang terjadi. Kadang-kadang berderai juga air matanya. Dia rindukan sahabatnya itu. Walaupun dekat tapi dirasakan jauh. Kecelaruan fikirannya kadang-kala membuatnya keliru.
“Apekah yang terjadi Dah?” tanyanya perlahan sambil memandang sahabatnya itu.
Difikirkan, adakah dia sudah menunaikan hak-hak seorang sahabatnya. Jah dah cuba buat sebaik mungkin dah.
Teringat perbualan semasa diskusi di bilik Fidah tempoh hari.
Fidah kata “Jah kan tukang masak istana.”
Kak Rina menjawab “kesian awak Jah.”
Azizah hanya mampu terdiam. Mengapakah perlu berkata demikian. Azizah tahu Fidah tak pernah meminta dia membuat semua itu. Azizah sendiri yang nak buat. Jah juga sedar kata-kata Kak Rina itu meninggalkan kesan kepada Fidah.
“Aku buat ikhlas Dah. Aku tak kisah pun. Bukannya kau suruh aku kemas bilik kau ke, masakkan untuk kau ke” bisik hati kecil Azizah lagi.
“Lagipun bukankah aku yang menyibuk duduk kat bilik kau. Jadi apalah salahnya aku tolong kau sambil-sambil tu. Dah banyak dah beban yang kau tanggung kat bahu kau. Aku cuma nak tolong mengurangkan beban-beban kau.”
Persahabatan antara mereka terjalin apabila mereka membuat keputusan untuk masak bersama. Satu hari kebetulan ada assignment due minggu itu. Entah macam mana Azizah akhirnya duduk di bilik Rafidah hampir sebulan demi nak menyiapkan assignment demi assignment. Di kala itu juga, persahabatan antara mereka terjalin. Teringat Azizah betapa pasrah dan kecewanya dia apabila hajatnya hendak membuat surprise gift kat Fidah tidak kesampaian. Fidah teringin sangat menonton pertandingan badminton. Dilihatnya sahabatnya itu sungguh-sungguh meminati pertandingan tersebut, maka Azizah pun berpakat dengan Qistin untuk membeli tiket tersebut. Sekali, pada hari tiket tersebut berjaya dipurchased rahsia mereka bocor. Itu adalah seminggu sebelum hari lahir Fidah.
“Hehe macam-macam” Azizah tergelak sendiri apabila mengingatkan peristiwa tersebut. Tapi semua itu dahulu, dengan kefahaman yang ada sekarang sudah tentu mereka tidak akan ke tempat-tempat itu lagi.
“Zaman jahiliyah kita dulu-dulu.”
Entah macam mana, sejak dua menjak ini kemesraan mereka hilang. Azizah tidak tahu apakah yang perlu dilakukan. Kadang-kadang Azizah takut hendak menegur sahabatnya itu. Entah kenapa, dia takut dimarahi. Dan juga takut kenangan lama berlaku kembali.
“Apakah aku telah membuat sebarang kesalahan? Apakah aku menyinggung perasaan sahabatku ini?”
Hati kecilnya kuat merasakan seperti that ada sesuatu yang tidak betul tapi dia tidak tahu apakah punca dan bagaimanakah hendak mengatasinya. Akhirnya Azizah sering termenung di biliknya. Pernah juga dua tiga kali dia mencapai telefonnya. Tapi last-last dia meletak gagang telefon itu kembali kerana dia tidak tahu nak cakap apa kat telefon nanti. SMS menjadi salah satu cara dia menghubungi Fidah. Sebab dengan cara itu dia dapat menyampaikan mesejnya dan tidak perlu bercakap dengan Fidah.
Pernah sekali mereka cuba menyelesaikan simpulan antara mereka itu. Pada malam itu, Azizah menangis. Hatinya terasa sakit dan sedih. Dia risau kehilangan seorang lagi sahabat. Dia juga risau adakah dirinya itu sudah keterlaluan. Esoknya, dia tidak memandang Fidah langsung kerana takut Fidah boleh detect matanya yang bengkak ataupun takut setiap kata-katanya akan menyakiti hati Fidah. Namun begitu akhirnya, mereka tetap akan bertemu di meja makan. Jadi, bermula lah ‘lakonan’ mereka kerana tidak mahu Chah mengesan sebarang ‘kepelikkan’ antara mereka.
Tapi dalam hati Azizah tetap menangis. Jurang itu rasanya walaupun sudah kecil namun tetap ada. Dia tetap tidak berjaya merapatkan jurang antara mereka. Akhirnya, Azizah nekad, nak jadi apa pun jadilah, dia tanya juga kepada Fidah “Kau benci aku ke?”. Sebenarnya apa yang cuba Azizah tanya ialah kenapa kau macam lari daripada aku? Adakah aku membuat sesuatu yang menyebabkan kau benci pada aku?. Last-last, mereka berdua bertemu untuk berbincang hal yang sebenar. Sepanjang Fidah berkata-kata, Azizah hanya mampu tunduk. Jemput-jemput yang ada dihadapannya itu dimasukkan satu demi satu ke dalam mulut. Seperti biasa, Azizah tidak mampu berkata-kata. Terasa berat hendak meluahkan perkara-perkara yang tersekat dikerongkongnya. Azizah pun tidak tahu mengapa apabila diberikan pena laju sahaja dia menulis tetapi apabila diminta berbicara rasanya seperti tersekat-sekat apabila hendak berkata-kata.
“Kita adalah dua orang yang berbeza” kata Rafidah.
Azizah akui kenyataan tersebut. Memang kita dua orang yang berbeza. Aku bertindak cara lain. Kau bertindak cara lain. Butir-butir lain tidak diingati olehnya. Tapi selepas itu, hubungan mereka semakin elok.
Tapi mungkin kerana ianya tidak diselesaikan elok-elok. Kekusutan-kekusutan yang belum terlerai itu semakin kuat simpulannya. Akhirnya Azizah akur, memang ada masalah dalam perhubungan mereka.
“TET! TET! TET!”
“Allah” latah Azizah kerana terkejut mendengar bunyi alarm telefonnya itu.
“Ya Allah lamanya ku mengelamun.”
Sedar tak sedar hampir sejam masa berlalu.
“Kene kejut Fidah ni. Nanti esok lost pulak dalam kelas.”
“Dah, bangun Dah. Aku nak tidur ni. Dah pukul 2 pagi ni” kejut Azizah.
“Dah pukul 2 dah? Emm...” sahut Fidah.
Azizah memerhatikan Rafidah. Dilihatnya Fidah bangun lantas ke bilik air.
“Aku nye turn pulak. Huarrgggghh.. A’uzubillah” nguap Azizah.
“Dah, nanti nak dekat sahur nanti jangan lupa kejut aku tau” jerit Azizah kepada Rafidah yang berada di dalam bilik air.
“Iye” kedengaran bunyi itu dari kejauhan.
Azizah pun meletakkan kepalanya ke atas bantal. Dia pasrah tapi dia yakin setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya. Sungguh pun banyak perkara yang masih belum terlerai, dia yakin insyaAllah persahabatan mereka akan jernih kembali. Azizah sayang akan sahabatnya itu. Harapannya agar mereka sama-sama menjadi individu muslim yang lebih baik di masa hadapan. Ujian Allah memang sukar. Azizah sedar mereka sedang sama-sama bermujahadah melawan bisikan-bisikan hati yang negatif itu.
Aku tidak mengharapkan sesuatu yang bukan dirimu wahai sahabatku. Aku sedar kita berbeza. Tetapi bukankah perbezaan kita sepatutnya menyempurnakan sesama kita? Kau dan aku, cara melangkah, cara berbicara, cara berfikir semua berbeza. Banyak yang aku pelajari daripada kau. Fikiranku menjadi lebih matang. Kantaku semakin berat ke arah neraca langit. Mungkin kau tak perasan, tetapi banyak influence kau kat aku sebenarnya. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Aku rasa bertuah dapat berkawan dengan kau. Perbezaan kita sepatutnya tidak menjadi sempadan antara kita. Tujuan kita sama hendak mengislahkan cara hidup kita. Kita berada di medan perjuangan yang sama.

1 comments:
everybody is unique~ celebrate the uniqueness!
-still searching.. truut..truut...
Post a Comment