"Mintalah fatwa kepada hatimu.
Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya.
Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati.
Meskipun manusia memberi fatwa kepadamu."
(HR Muslim)
Hakikat 1:
Secara fitranhnya hati kita sentiasa mahukan kebaikan. Oleh itu apabila hati terdetik ketidakenakan sesuatu maka itu bererti diri mungkin melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Allah.
Hakikat 2:
Namun begitu, sekiranya hati dibiasakan dengan perkara-perkara mungkar maka tahap sensitiviti hati terhadap dosa-dosa atau maksiat yang sedang dilakukan akan berkurangan. Maka pada ketika itu, bersandarlah kepada peraturan yang termaktub dalam Al-Quran.
Sucikanlah hati. Semoga hati kita kembali menjadi suci sebagaimana asalnya.
Hadis Rasululllah s.a.w berbunyi:
“Carilah hatimu di tiga tempat…
Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.
Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”
Maka tepuklah dada, tanyalah iman. Semak hati. Periksalah kesihatan hati.
Juga lakukanlah perkara yang membersihkan noda-noda yang melekat di hati kita.

Semoga hati kita sering memberikan fatwa yang mengekalkan kita di jalan yang taat kepadaNya.
Ameen, Ya Rabb.

1 comments:
Amin~
Post a Comment